Monday 23 January 2012

ANDA PENGHIDAP PENYAKIT KULIT?

 

Antara manfaat Produk AHB adalah boleh membantu mengurangkan penyakit kulit yang anda hidapi.  Selain itu, pengambilan Produk Cordybelle adalah amat baik untuk penjagaan kulit untuk kelihatan lebih segar dan tidak kering.....Mungkin anda perlu mencubanya  :)


INFO TENTANG PENYAKIT KULIT

Jenis-Jenis Penyakit Kulit


Folikutis
Folikutis disebabkan oleh serangan bakteria pada folikel rambut sehingga pustul terbentuk. Penyakit ini biasanya berlaku pada lelaki terutama di bahagian kulit berjanggut atau folikel berjanggut. Gejala penyait ini biasanya terhad kepada rasa gatal dan pedih. Penghidap akan berasa pedih apabila rambut atau janggut dicabut.
Untuk merawat penyakit ini, minyak merkuri berammonia disapu pada bahagian kulit yang dijangkiti. Ubat antibiotik juga boleh digunakan jika perlu.  Sekiranya penyakit ini tidak dirawat, folikulitis akar menjadi kronik dan berlanjut untuk bertahun-tahun.

Ekzema
Ekzema atau dermatitis atopik ialah satu penyakit yang disebabkan oleh sentuhan atau alergi. Ia terjadi kepada orang yang mewarisi kulit yang terlalu peka terhadap keadaan seperti sejuk, panas dan lembap. Tekanan emosi, mandi yang berlebihan dan penggunaan sabun yang kuat juga boleh menggalakkan ekzema.  Bagi Ekzema yang serius, kulit menjadi kemerah-merahan dan membengkak.  Oleh kerana kulit terasa gatal, maka pesakit akan menggaru kulit sehingga terdapat tanda cakaran. Akhirnya kulit merekah.  Ekzema tidak boleh diubati. Rawatan cuma untuk melegakan rasa ketidakselesan pesakit bagi mencegah jangkitan sekunder.

Kudis Buta
Sejenis penyakit kulit berjangkit yang disebabkan oleh tungau. Tungau betina menembusi permukaan bawah kulit dan bertelur di dalamnya. Tungau suka kepada bahagian kulit yang lembut seperti selaput antara jari tangan, permukaan sebelah dalam lengan atas, peha, kaki, ketiak, buah dada, punggung dan pusat.  Pesakit itu akan merasa sangat gatal dan kulit akan terluka akibat digaru. Patogen lain mungkin akan memasuki kulit melalui bahagian kulit yang terluka itu. Jika tidak dirawat, penyakit boleh berjangkit dan menjangkiti orang lain. Tungau berjangkit melalui sentuhan tubuh dengan orang yang mengidap kudis buta atau dari tempat tidur dan pakaian yang penuh dengan tungau.

Jerawat
Terdapat banyak jenis jerawat seperti jerawat roscea dan jerawat vulgaris yang bukan sahaja melibatkan muka, malah turut melibatkan bahagian leher, bahu, dada dan bahagian belakang atas badan.  Pada peringkat remaja, kelenjar sebum kulit sangat aktif dalam menghasilkan sebum atau minyak akibat daripada ketidakseimbangan hormon.  Pembentukan jerawat bermula dari bukaan kelenjar sebum tersekat. Keadaan ini menggalakkan bakteria merebak.  Bakteria menyebabkan bukaan kelenjar terdedah kepada kotoran. Ini seterusnya menyebabkan bukaan kelenjar menjadi kotor lalu membengkak. Akhirnya, ia akan pecah dan mengeluarkan nanah. Keadaan ini dipanggil pustul.  Jerawat tidak membawa maut. Ia lebih merupakan masalah kosmetik dan sosial. Penyakit boleh dielakkan dengan meningkatkan kebesihan diri. Kini terdapat ubat dalam pasaran yang boleh menyembuhkan penyakit ini. Walau bagaimanpun, penggunaan ubat perlulah mengikut persepsi dan arahan doktor.  Sentiasa mencuci kulit dengan air dan sabun. Minum banyak air dan makan makanan yang kaya dengan vitamin B dan C. kurangkan pengambilan lemak.

Petikan info dari  1 Klik

Saturday 31 December 2011

MERAWAT KANSER PAYUDARA...




Dengan pengambilan produk AHB, anda boleh MENGELAK dari dihidapi penyakit KANSER PAYUDARA ATAU MERAWAT penyakit ini sekiranya anda adalah penghidapnya...Selamat Mencuba... ;)

Apakah yang perlu saya tahu mengenai kanser payudara?
  • Ia adalah kanser yang kerap dikesan dikalangan wanita.
  • Ia adalah faktor utama kematian akibat kanser dikalangan wanita.
  • Ia adalah penyebab utama kematian awal.
  • 9% dari keseluruhan kanser di dunia.
  • 6 - 8% keseluruhan kematian kanser.
Adakah kanser payudara kerap berlaku di Malaysia?
Ya.
Di Malaysia, dianggarkan 27 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser payudara berbanding 18 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser pangkal rahim (penyebab kedua kanser yang sering berlaku dikalangan wanita).
Dalam setahun dianggarkan seramai 2,700 - 3,000 kes baru didiagnosakan sebagai kanser payudara.

Adakah terdapat sebarang tanda amaran?
Ya. Jika anda mengalami keadaan-keadaan seperti berikut, sila berjumpa doktor atau pergi ke klinik kesihatan yang berhampiran.
  • Ketulan yang tidak sakit
    • Di payudara atau ketiak
  • Ruam yang berterusan
    • Sekeliling puting
  • Perdarahan atau lelehan luarbiasa dari puting.
  • Perubahan pada kulit
    • Bengkak dan menebal
    • Berlubang
    • Permukaan kulit yang berkedut
  • Puting tertarik ke dalam
Bagaimanakah saya perlu melihat perubahan tersebut?
Kebanyakan ketulan payudara dikesan oleh wanita itu sendiri.
  • Periksa payudara anda dengan kerap melalui Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP).
  • Melalui pemeriksaan berkala anda dapat mengesan walaupun satu ketul yang kecil. 
Apakah seharusnya saya buat jika saya dapati keadaan luar biasa?
Sekiranya anda dapat mengesan sebarang tanda seperti yang dinyatakan sebelum ini, sila rujuk doktor anda.
Jangan takut, tidak semua ketumbuhan di payudara adalah kanser.
Contohnya : 'Fibroadenoma'.
Fibroadenoma :
Ia biasanya berlaku dikalangan wanita yang muda, tidak menyakitkan dan 'mobile'.

Apakah ujian-ujian yang disediakan untuk mengesahkan kanser payudara?
Berikut adalah ujian yang dijalankan jika disyaki kanser :
  • Ujian darah
  • Fine Needle Aspiration Biopsy (FNAB)
  • Core needle biopsy
  • Ultrasound
  • Mammography

Apakah itu 'FNAB'?
Adalah ujian yang dijalankan dengan pengambilan sampel ketulan yang disyaki dengan menggunakan picagari dan jarum yang halus dengan menggunakan teknik steril.

Sampel yang diambil akan dihantar ke makmal untuk dikaji oleh pakar.
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/fnab1.jpg


Apakah itu 'Mammogram'?
'Mammogram' adalah salah satu ujian yang dijalankan untuk mengesan perubahan pada tisu payudara dengan menggunakan mesin x-ray yang direka khas.
Ia dilakukan dengan menekan payudara diantara dua kepingan logam. Ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan/kesakitan untuk beberapa ketika. Ia boleh mengukur saiz dan penyebaran kanser di payudara dan mengesan kanser pada payudara sebelah lagi.
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/mammogram1.jpg

Apakah itu 'Core Needle Biopsy'?
Ia adalah satu ujian dimana sampel tisu payudara diambil menggunakan jarum yang lebih besar saiznya. Sampel itu akan dihantar ke makmal untuk kajian.

Perlukah saya berjumpa doktor jika saya tidak mengesan sebarang keadaan luarbiasa?
Ya, kami menggalakkan wanita yang berumur 30 tahun keatas untuk membuat ujian pemeriksaan payudara di klinik (Clinikal Breast Examination-CBE) yang dibuat oleh anggota kesihatan setiap tahun.

Apakah itu 'Clinical Breast Examination (CBE)'?
Ini adalah pemeriksaan yang dibuat oleh doktor atau anggota kesihatan yang terlatih untuk memeriksa payudara anda.

Apakah rawatan kanser payudara yang disediakan?
Rawatan yang diberi bergantung kepada jenis dan keterukan kanser.
Sekiranya anda di diagnosakan mengidap kanser payudara, anda perlu mendapatkan khidmat kaunseling terlebih dahulu sebelum rawatan dimulakan.
Kajian menunjukkan bahawa jika kaunseling, sokongan dan maklumat mengenai penyakit dan rawatan yang dijalankan diberi, ia akan membantu pemulihan dari segi fizikal dan emosi.
Berikut adalah pilihan rawatan:
  • Pembedahan
    • pembedahan tanpa membuang payudara (Breast Conservation Surgery)
    • pembuangan payudara (Mastectomy)
    • pembentukan semula payudara (Breast Reconstruction)
  • Radiotherapy
  • Chemotherapy
  • Hormone therapy

Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengurangkan risiko kanser payudara?
  • Mulakan PSP hari ini.
  • Buat PSP secara berkala
  • Makan makanan kurang berlemak khususnya lemak haiwan
  • Lebihkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan serat.
  • Lakukan senaman yang mencukupi
  • Kekalkan berat badan yang unggul.
  • Sekiranya keluarga terdekat anda ada kanser payudara, lakukan ujian 'mammogram' awal.

Siapakah yang berkemungkinan mendapat kanser payudara?
Kanser payudara biasa berlaku dikalangan wanita. Walau bagaimanapun lebih kurang 5% berlaku dikalangan lelaki. Berikut adalah wanita yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara :
  • Selepas berumur 25 tahun dan selalunya berlaku semasa berumur diantara 45 – 55 tahun.;
  • Pernah mengidap kanser di sebelah payudara;
  • Keluarga terdekat sama ada ibu atau adik-beradik perempuan yang mengidap kanser payudara;
  • Tidak pernah mengandung atau mendapat anak pertama selepas berumur 30 tahun;
  • Mula haid awal atau putus haid lewat;
  • Ada penyakit tertentu berkaitan payudara. (seperti 'proliferative breast disease');
  • Faktor keturunan (seperti pembawa 'BRCA1, BRCA2, BRCA3');
  • Gemuk (IJB anda ≥ 27.5)
  • Mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak/kolesterol.

Dimanakah saya boleh mendapatkan sokongan atau bantuan?
Jangan risau. Anda tidak bersendirian. Terdapat ramai individu atau kumpulan sokongan yang sedia membantu anda. Anda boleh berhubung dengan pertubuhan berikut :
  • MAKNA
  • AWAM
  • WAO
  • Hospis

SOALAN LAZIM

Apakah yang perlu saya lakukan jika keluarga ada sejarah kanser payudara?
Jangan risau. Sekiranya anda sudah melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP), teruskan seperti biasa. Amalkan cara hidup sihat, makan secara sihat dan teruskan bersenam.
Sekiranya ibu atau adik-beradik perempuan menghidap kanser payudara, anda boleh meminta untuk menjalani ujian 'mammogram'. Walau bagaimanapun, keputusan laporan adalah lebih tepat jika anda berumur 40 tahun ke atas.

Bolehkah saya mendapatkan terapi tambahan atau tambahan rawatan lain untuk kanser payudara?
  • Ubat tambahan atau pilihan rawatan lain digunakan dengan meluas di seluruh dunia oleh pesakit kanser payudara.
  • Kajian menunjukkan bahawa 1/3 pesakit kanser payudara menggunakan terapi berikut.
  • Terapi ubat tambahan berguna dalam mengurangkan gejala dan meningkatkan kualiti hidup
  • Walau bagaimanapun pilihan rawatan lain boleh mengganggu sistem tubuh badan atau secara tidak langsung menyebabkan masalah yang lebih serius.
Di sini adalah contoh yang biasa digunakan dalam amalan terapi tambahan.
  • Urutan
  • Cara relaxasi
Apakah itu ujian baka kanser payudara?
Ujian baka adalah ujian darah untuk menentukan sekiranya anda mempunyai baka kanser payudara .
Sebelum anda menjalani ujian tersebut, anda perlu :
  • Hadir sesi kaunseling 'genetik' yang intensif.;
  • Menandatangani borang persetujuan untuk setiap ujian 'genetik';
  • Melakarkan carta salasilah keluarga
Kebanyakan kes kanser payudara tidak berkaitan dengan baka kanser payudara. Para saintis masih belum dapat mengenalpasti kesemua baka yang menyebabkan penyakit ini. Oleh itu doktor hanya akan membuat ujian baka yang berkaitan sahaja kepada anda.
Terdapat 2 baka yang berkaitan dengan kejadian kanser payudara.
  • BRCA1
  • BRCA2
Untuk kebanyakan orang, adalah mustahak untuk mengetahui keputusan ujian mereka kerana maklumat ini membantu mereka menentukan kesihatan masa depan mereka sekeluarga.
Di Malaysia, ujian ini terdapat di beberapa Institusi dan Universiti sahaja.
Sumber dari Infosihat

Saturday 24 December 2011

MENANGANI MASALAH BERAT BADAN


Tahukah anda, pengambilan Cordycafe (kopi) boleh membantu anda mengurangkan berat badan bagi mereka yang mengalami masalah obesiti.  Dengan pengambilan setiap hari sebanyak 4 sachets Cordycafe, anda akan dapat melihat kesannya dalam masa sebulan.  Insya Allah.

APAKAH ITU KEGEMUKAN / OBESITI

Adakah berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti menjadi masalah di kalangan remaja?

YA !!!
  • Masalah berlebihan berat badan dan kegemukan semakin meningkat.
  • Kajian menunjukkan bahawa 15% daripada kanak-kanak berusia 12 - 19 tahun mempunyai masalah berlebihan berat badan dan kegemukan.
  • Masalah ini lebih tinggi di kalangan kanak-kanak daripada keluarga miskin.
  • Berat badan berlebihan dikaitkan dengan risiko yang tinggi jika mengalami masalah perubatan seperti diabetes dan penyakit jantung yang boleh menyebabkan kematian awal.
Bagaimana anda tahu anda mempunyai berlebihan berat badan ?
Indeks Jisim Tubuh (BMI) ialah salah satu cara untuk mengira jumlah lemak dalam badan anda secara kasar. Cara pengiraan :

Indeks Jisim Tubuh (BMI)
Berat badan (kilogram)
_____________________________
(Tinggi (meter) x Tinggi (meter)

Tidak seperti nilai BMI dewasa, nilai BMI anda adalah berbeza mengikut umur dan jantina. Sila rujuk jadual BMI untuk masalah berlebihan berat badan atau kegemukan bagi umur 9-8 tahun mengikut jantina.Untuk mengetahui samaada anda mengalami masalah berlebihan berat badan atau kegemukan. Contohnya : Jika anda adalah remaja lelaki berumur 14 tahun dan BMI anda adalah di antara 22.62 ke 27.63,anda adalah berlebihan berat badan.Jika BMI anda adalah lebih daripada 27.63,adalah adalah kegemukan.
Lihat jadual BMI-untuk-umur seperti di bawah

Bagaimana berlebihan berat badan atau kegemukan/obesiti boleh berlaku kepada anda?

Berat badan anda bertambah apabila anda makan banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan anda. Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan tidak akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu.Selalunya ia akan terkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun.
Faktor risiko termasuk :
  • Sejarah keluarga anda.
  • Masalah perubatan.
  • Faktor psikologikal termasuk tekanan perasaan, kebimbangan dan kebosanan.
  • Pengaruh budaya sosial dan sekeliling (tabiat makan anda).
  • Faktor persekitaran yang menyumbang kepada cara hidup yang tidak aktif.
Bagaimana anda boleh mengesan masalah ini?
  • Anda, kawan dan keluarga mungkin telah menyedari isu berat badan ini.
  • Dapat dikesan apabila anda membuat pemeriksaan kesihatan ataupun saringan kesihatan.
  • Apabila anda mendapatkan rawatan di klinik bagi masalah perubatan yang lain.
  • Kebiasaanya anda kelihatan lebih besar dan lebih berat daripada rakan sebaya.
  • Diagnosa anda disahkan melalui kriteria BMI-untuk-umur - Sila rujuk jadual BMI berat badan atau kegemukan bagi umur 9-18 tahun mengikut jantina.
Punca berlakunya berat badan berlebihan dan kegemukan/obesiti pada anda :
  • Tabiat makan yang tidak sihat seperti makan berlebihan atau makan makanan yang mengandungi minyak dan karbohidrat yang tinggi
  • Aktiviti fizikal yang rendah atau tidak bersenam
Apakah komplikasi masalah ini?

Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti di kalangan remaja dikaitkan dengan :
  • Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang tinggi.
  • Penyakit Kencing Manis/Diabetes.
  • Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.
  • Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.
  • Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul.
  • Bertambah gemuk apabila umur meningkat.
Bagaimanakah cara untuk memastikan anda tidak mengalami masalah berlebihan berat badan?
  1. Anda perlu mempraktikkan cara hidup sihat :
    • Makan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan rendah lemak.
    • Makan secara sederhana.
    • Amalkan kehidupan yang aktif di rumah dan di sekolah dengan bersenam dan berjalan lebih kerap.
    • Hadkan waktu menonton TV dan video kepada tidak lebih daripada dua jam sehari.
  2. Anda perlu mengira BMI-untuk-umur anda dan diplot setiap tahun. Ini boleh dibuat sebagai pemeriksaan kesihatan tahunan anda.
  3. Dapatkan nasihat Doktor atau Pakar Pemakanan/Pegawai Dietetik jika anda mempunyai masalah berkaitan berat badan.
Apakah rawatan yang boleh diperolehi ?
Rawatan perlu dimulakan seawal yang mungkin. Ini termasuklah :
  1. Pemakanan
    • Beri perhatian kepada apa yang anda makan. Anda sepatutnya mengambil:
      • Lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
      • Bijirin penuh dengan pengambilan serat/fiber 20 gram atau lebih sehari (satu keping roti mil penuh mengandungi dua gram serat).
      • = 30% kalori daripada lemak.
    • Untuk mengurangkan berat badan :
      • Anda mesti kurangkan jumlah makanan dan bilangan hidangan.
      • Kurangkan makanan bergoreng. Lebih baik anda kukus atau bakar makanan anda.
      • Kurangkan makan makanan berkarbohidrat (jenis nasi dan mee).
      • Kawal pengambilan makanan musim perayaan dan ketika makan di luar.
      • Kurangkan minuman bergas dan minuman manis.
      • Baca label makanan terutama kandungan kalori.
Pakar Pemakanan atau Pegawai Dietetik boleh menolong anda dalam memberikan nasihat dan saranan makanan yang boleh di ambil.
  1. Aktiviti fizikal
    • Tingkatkan aktiviti harian seperti menaiki tangga, letakkan kereta ("parking") jauh dan bersenam semasa menonton TV.
    • Anda perlu membuat aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 10 minit lebih daripada apa yang anda selalu lakukan setiap hari dan tingkatkan secara beransur-ansur.
    • Jika anda tidak boleh melakukan aktiviti fizikal disebabkan penyakit arthritis dan kecederaan yang lain, sila dapatkan pemeriksaan dan rawatan spesifik.
Ahli terapi fizikal boleh membantu anda menyediakan jadual aktiviti khas untuk menurunkan berat badan anda seterusnya mengekalkan berat badan, kesihatan dan kekuatan fizikal dalam jangka masa panjang.
  1. Ubah tabiat anda.
    • Kenalpasti masalah yang mengakibatkan kenaikan berat badan (seperti tekanan perasaan, makan ikut perasaan, bosan dan sebagainya).
    • Letakkan matlamat untuk kurangkan pengambilan kalori dan tingkatkan aktiviti fizikal.
    • Anda hanya perlu timbang berat badan sekali seminggu.
    • Pantau jumlah dan jenis makanan dan minuman yang diambil dan fizikal aktiviti yang dapat dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.
    • Dapatkan sokongan daripada keluarga dan kawan.
  1. Ubat-ubatan
    • Ubatan selalunya didapati tidak berkesan untuk menurunkan berat badan.
    • Jika perlu, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.
  1. Pembedahan
    • Rawatan pembedahan akan dipertimbangkan di dalam kes-kes tertentu contohnya, BMI > 40 atau terdapatnya risiko untuk komplikasi yang teruk seperti kematian awal, pembedahan gaster (perut) dan lain-lain.
    • Rawatan khas adalah perlu jika mengalami komplikasi daripada penyakit seperti diabetes dan hipertensi/darah tinggi.
Siapa yang boleh menyokong anda untuk mengurangkan berat badan?

Kejayaan anda bergantung kepada motivasi dan sokongan daripada :
  • Ibubapa, ahli keluarga, guru dan rakan-rakan.
  • Doktor, Pakar Pemakanan/Dietitian dan ahli profesional kesihatan yang lain.
Sila rujuk jadual BMI berat badan atau kegemukan bagi umur 9-18 tahun mengikut jantina.

Umur (Tahun)
Lebih Berat Badan BMI
Gemuk BMI
Lelaki
Perempuan
Lelaki
Perempuan
9.00
19.10
19.07
22.77
22.81
9.50
19.46
19.45
23.39
23.46
10.00
19.84
19.86
24.00
24.11
10.50
20.20
20.29
24.57
24.77
11.00
20.55
20.74
25.10
25.42
11.50
20.89
21.20
25.58
26.05
12.00
21.22
21.68
26.02
26.67
12.50
21.56
22.14
26.43
27.24
13.00
21.91
22.58
26.84
27.76
13.50
22.27
22.98
27.25
28.20
14.00
22.62
23.34
27.63
28.57
14.50
22.96
23.66
27.98
28.87
15.00
23.29
23.94
28.30
29.11
15.50
23.60
24.17
28.60
29.29
16.00
23.90
24.37
28.88
29.43
16.50
24.19
24.54
29.14
29.56
17.00
24.46
24.70
29.41
29.69
17.50
24.73
24.85
29.70
29.84
18.00
25.00
25.00
30.00
30.00



Petikan dari Infosihat



Monday 12 December 2011

MENCARI PENAWAR DIABETES?


Apakah anda tercari-cari penawar bagi penyakit Diabetes.  Kami syorkan anda mencuba produk AHB dengan mengambil set rawatan 10 hari yang nerupakan set lengkap untuk pemakanan kesihatan anda.  Insya Allah ia dapat membantu...

Apakah itu Diabetes?
Diabetes adalah salah satu penyakit kronik dimana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara didunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 1996 dimana di anggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun keatas menghidapi diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa.

Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar. Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Dua jenis Diabetes 
Terdapat dua jenis diabetes utama:
  • Jenis 1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
    • Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
    • Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin 
  • Jenis 2 - "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)
    • Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
    • Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
Bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis kumpulan individu yang berada diantara kedua-dua jenis diatas yang dikenali sebagai Impaired Glucose Tolerance atau kumpulan IGT.

Apakah tanda-tanda amaran Diabetes?
Anda boleh mengalami berlainan tanda-tanda dan gejala. Walaubagaimanapun, gejala yang biasa dialami ialah:
  • Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
  • Letih
  • Berat badan menurun
  • Penglihatan kabur
  • Otot lemah
  • Gatal
Lain-lain gejala termasuk:
  • Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
  • Luka yang lambat sembuh
  • Kencing yang kerap
  • Gatal pada bahagian kemaluan
  • Rasa kebas
Anda boleh juga menghidapi diabetes tanpa apa-apa gejala. Jangan bergantung kepada gejala untuk mengetahui anda adalah penghidap diabetes. Jalankan ujian di klinik kesihatan berdekatan.

Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat Diabetes?
Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:
  • Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
  • Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
  • Impaired glucose tolerance (IGT).
  • Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
  • Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
  • Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .
  • Tekanan darah tinggi
  • Tidak aktif -gaya hidup sedentari
  • Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
  • Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .
Jika anda fikir anda mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi diabetes, hubungi klinik kesihatan berdekatan.

Komplikasi Diabetes
Diabetes adalah masalah kronik dan boleh mengganggu banyak organ bergantung kepada kawalan gula dalam darah. Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf.

Keadaan kecemasan:
  • Hipoglisemia -ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan mengalami sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah
  • Diabetes Ketoacidosis adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. (Ini biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin). Ia juga boleh di hasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.
  • Hiperglisemia - adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri
Kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan ( Kronik)
  • Ini menyebabkan kerosakan jangka panjang:
    • Mata
      • Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta
    • Saraf
      • Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan gangrene
    • Otak
      • Angin ahmar (hubung dengan strok)
    • Buah pinggang
      • kegagalan buah pinggang
    • Jantung
      • Sakit jantung
Berita baik adalah jika anda dapat mengawal diabetes dengan baik, ini akan membantu mengelakkan atau melambatkan komplikasi

Apakah yang sepatutnya saya lakukan untuk mengelakkan dari mendapat Diabetes?
Kawalan diabetes yang baik adalah anda boleh mengawal tahap gula dalam darah menghampiri tahap normal. Ini boleh di capai dengan kaedah berikut:
  • Mengawal pengambilan makanan
    • Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah
  • Melakukan senaman fizikal
    • Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan.
  • Ubatan
    • Jika anda pengidap diabetes jenis 1, anda memerlukan suntikan insulin
    • Jika anda pengidap diabetes jenis 2, anda mungkin hanya memerlukan pengambilan ubat hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah mungkin memerlukan suntikan insulin.
Walaupun anda menghidap Diabetes, anda masih boleh menjalani kehidupan normal dan aktif.  Anda boleh menjaga diri anda sendiri
  • Penjagaan secara umum:
    • Penjagaan kulit
      • Mandi setiap hari
      • Keringkan semua bahagian badan dengan sempurna
      • Merawat luka dan calar dengan segera
      • Berjumpa doktor jika luka tidak sembuh selepas 2 - 3 hari.
    • Penjagaan kaki
      • Basuh kaki setiap hari
      • Keringkan semua bahagian kaki dengan sempurna terutama antara celah-celah jari kaki
      • Periksa kaki anda setiap hari untuk luka, calar, melecur atau apa-apa perubahan warna kulit.
      • Potong kuku jari kaki secara lurus
      • Tukar stokin anda setiap hari
      • Jangan berjalan tanpa kasut
      • Selalu pakai kasut yang lembut dan sesuai di guna luar rumah.
  • Mengawasi diri sendiri
    • Anda digalakkan untuk melakukan pengawasan glukosa dalam darah. sendiri. Kerap memeriksa tahap glukosa dalam darah boleh memberitahu keberkesanan cara anda mengawal diabetes
  • Penjagaan gigi
  • Kerap menjalani pemeriksaan mata
  • Mengelakkan minuman keras
  • Berhenti merokok

Apakah yang patut saya lakukan untuk mengelakkan dari mendapat penyakit Diabetes?
Diabetes boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat:
  • Makan makanan berkhasiat dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah, mengekalkan berat badan, mengawal paras kolesterol, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mencegah penyakit jantung.
  • Senaman dapat memperbaiki kecergasan, membakar kalori. Oleh itu dapat mengurangkan lemak dalam badan dan mengawal berat badan anda. Senaman merendahkan kadar gula dalam darah dan membantu tubuh anda untuk menggunakan gula dalam darah dengan baik.
  • Kajian menunjukkan obesiti mempunyai hubungkait dengan diabetes. Kekalkan berat badan yang unggul 

Petikan dari Info Sihat